mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN : SUZANNA BINTI SULAIMAN

KISAH KEJAYAAN  

KATEGORI : KEUSAHAWANAN 

Nama

SUZANNA BINTI SULAIMAN

Umur

32 Tahun

Alamat

No.112 Felda Rentam, 28200 Bera, Pahang

Perniagaan

PITSTOP CAFE

Online Platform

Facebook dan Whatsapp

Sebelum Penggunaan ICT/  Penglibatan PI :

Sebelum penglibatan PI, beliau sudah mempunyai facebook dan apliksai whatsapp tetapi tidak menggunakannya untuk mempromosikan produk. Sebagai seorang peniaga atau usahawan, beliau perlu menggunakan medan sosial ini bagi tujuan pengebahan atau makluman kepada penduduk setempat. Selain itu, beliau juga tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini dan agak kekok untuk menggunakannya. Sebelum ini beliau banyak meminta bantuan daripada adiknya dan juga rakan-rakannya untuk menghasilkan flyers, poster dan kad perniagaan bagi tujuan mempromosikan dan memperkenalkan produknya kerana beliau tidak pandai menggunakan komputer.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :

Penglibatan pertama beliau bersama Pusat Internet Bandar 32 adalah ketika mengikuti program yang dijalankan oleh PI Bandar 31 iaitu Bengkel MyShop dan Asas Fotografi sempena Program Hari Bersama Komuniti 2019. Disini beliau dapat belajar cara untuk menangkap gambar menggunakan peralatan mini studio. Melalui bengkel ini beliau dapat belajar cara untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik minat para pelanggan dan hasil gambarnya adalah seakan-akan menggunakan studio dengan kos yang lebih rendah.

Semasa Program Hari Bersama Komuniti berlangsung, Cik Suzanna didedahkan kepada pelbagai modul seperti, MyKomuniti, MyHealth, MySoal dan juga MyShop. Jika sebelum ini beliau tidak mengetahui tentang kewujudan aplikasi ini, tetapi sekarang beliau lebih mudah untuk mendapatkan maklumat setempat dan yang paling penting beliau mempunyai kemudahan untuk mempromosikan produknya melalui aplikasi MyShop.

Melalui bengkel ini juga, beliau telah didedahkan cara untuk menggunakan Microsoft Office Powerpoint, dimana beliau boleh membuat suntingan imej menggunakan gambar produk yang telah ditangkap. Selepas menghadiri bengkel tersebut, beliau menggunakan gambar yang ditangkap menggunakan mini studio untuk mempromosikan produk beliau di status whatsapp dan juga facebook yang mana beliau mengemaskini status tersebut setiap hari jika beliau berniaga. Beliau juga kini selalu ke Pusat Internet untuk menghasilkan flyers bagi mempromosikan produk baru yang dijual oleh beliau.