Aktiviti / Program |
Program Advokasi KDB & Literasi ICT |
Tarikh |
14 Oktober 2022 |
Masa |
10.00 am – 12.30 pm |
Tempat |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32 |
Peserta |
Pelajar Tingkatan 3 |
Objektif Pelaksanaan :
Program Advokasi Klik Dengan Bijak & Literasi ICT ini telah dijalankan di PEDi Bandar 32. Pihak PEDi Bandar 32 dengan kerjasama Persatuan WI dan SMK BERA Bandar 32 telah bersama bagi menjayakan program advokasi tersebut. Program ini secara tidak langsung bagi mempromosikan PEDi selepas pandemik.
Aktiviti :
1.Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)
Sebagai seorang pelajar mereka harus didedahkan kepada kesedaran penyalahgunaan internet dan komputer yang sering berlaku pada masa kini. Program kesedaran seperti ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang cara penggunaan internet yang bijak kerana mereka terlalu terdedah dengan penggunaan gajet secara tidak terkawal.
2. Kuiz ICT
Pelajar diuji kefahaman berkenaan taklimat KDB yang telah disampaikan dengan menjawab kuiz menggunakan aplikasi Quizziz.