mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN DISEMBER : ASAS WORD – PALESTINE IN OUR HEART

Objektif Pelaksanaan : 

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar Tahap 1 mengenal dan mempelajari cara untuk menggunakan aplikasi Microsoft Word secara asas. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan papan kekunci untuk menaip dan tetikus untuk dengan baik.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas tentang fungsi Microsoft Word yang akan digunakan. Pelajar menaip nama mereka dan dibimbing oleh petugas cara untuk mengubah jenis, saiz, dan warna tulisan bagi menghasilkan Word Art yang menarik. Seterusnya pelajar diajar untuk memasukkan gambar animasi yang telah disediakan di dalam komputer masing-masing. Pelajar diberi tugasan untuk meletakkan gambar-gambar tersebut mengikut susunan dan saiz yang sesuai.

_______________________________________________________________________________________