BELIA HARAPAN BANGSA — BELIA YANG CEMERLANG
Belia adalah generasi harapan bangsa dan negara untuk masa kini dan masa akan datang. Mereka adalah pewaris kepimpinan dan tunjang pembangunan dalam merealisasikan matlamat negara dalam apa jua aspek-aspek penting yang boleh meyumbangkan kepada bangsa dan tanah air.
Belia pada masa kini sangat berpontesi serta mempunyai bakat semula jadi yang mana era globalisasi ini, tenaga kerja para belia diperlukan oleh kerajaan bagi sama-sama membantu memperkembangkan ekonomi negara. Para belia yang cekap dan kreatif dalam hal pengurusan dan pengusahaan amat membantu dalam mempelbagaikan sumber ekonomi negara. Para belia mengetengahkan bakat dan kekreatifan mereka terbuka luas. Tambahan lagi dengan wujudnya alat telekomunikasi yang semakin canggih, belia seharusnya merebut peluang untuk memahirkan diri mereka dalam bidang teknologi infokomunikasi (ICT).
Belia merupakan pewaris yang bakal memikul tanggungjawab menerajui negara di masa hadapan. Oleh itu, impian negara adalah melahirkan bellia cemerlang yang mampu untuk sama-sama membangunkan serta memajukan negara yang hampir mencapai tahun 2020. Belia hari ini haruslah bijak dari segi menguruskan masanya dengan melakukan kerja-kerja yang bermanfaat serta bijak dalam perancangan kehidupannya kelak. Dan apa yang lebih penting jika ingin menjadi belia cemerlang, haruslah mampu untuk berdikari sendiri tanpa perlu banyak bergantung kepada orang lain. Pembentukan negara di masa hadapan tergantung kepada diri belia sendiri untuk mencorak dan mewarnakannya.
Nama Belia : Mohamad Hanif Bin Abu Bakar
Umur : 25 Tahun
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Diplomatik
Kawasan Perniagaan : Hadapan Stesen Bas Bandar 32