mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32

Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32 telah beroperasi pada 1 April 2015. Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32 serta Dato Seri Hamzah merupakan Pusat Internet 1Malaysia Fasa Baru iaitu Fasa Clawback 2013 di dalam Daerah Bera selepas Pusat Internet 1Malaysia Felda Mayam, Pusat Internet 1Malaysia Durian Tawar, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong serta Pusat Internet 1Malaysia Taman Jaya Kemayan di mana semua nya merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32 telah dirasmikan oleh Inspektor Mohd Rizal Bin Ab Ghani pada 9 Oktober 2015 sempena Program Hari Bersama & Perasmian yang telah dijalankan. Bangunan Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32 terletak di Pusat Komuniti Bandar 32 di bawah jagaan KRT Bandar 32. Semenjak Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32 beroperasi, kunjungan dari komuniti sangat mendapat sambutan terutamanya golongan pelajar sekolah. Bukan itu saja, Pusat Internet 1Malaysia 32 ini juga ada menerima beberapa lawatan daripada KEMAS berhampiran.