mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN FEBRUARI : PROGRAM KHAS DILEA (SEMINAR MOTIVASI PELAJAR)

Aktiviti / ProgramPROGRAM KHAS DILEA
Tarikh22 Februari 2025
Masa3.00 petang – 5.00 petang
PesertaPelajar Tingkatan 5

Objektif Pelaksanaan : 

Kelas ini bertujuan membantu pelajar membentuk sikap positif, menetapkan matlamat yang jelas, serta membina hala tuju masa depan. Ia juga meningkatkan kesedaran terhadap potensi diri, membina keyakinan menghadapi cabaran, dan memberi inspirasi serta strategi untuk mengekalkan minat dan motivasi dalam pembelajaran.

Aktiviti :

Aktiviti atas talian merangkumi sesi perkongsian motivasi, latihan interaktif seperti kuiz dan soal selidik untuk mengenali potensi diri, serta perbincangan kumpulan bagi menetapkan matlamat peribadi. Selain itu, bimbingan dan mentoring disediakan untuk memberi panduan hala tuju, diikuti dengan cabaran atau tugasan bagi mengekalkan motivasi. Sesi diakhiri dengan soal jawab dan maklum balas untuk membantu pelajar memperbaiki diri dan mengekalkan semangat belajar.

Gambar Aktiviti Disini : FOTO FEBRUARI : PROGRAM KHAS DILEA (SEMINAR MOTIVASI PELAJAR)