Aktiviti / Program |
Kelas Mewarna Poster & Menulis Esei Kemerdekaan |
Tarikh |
22 Ogos 2017 |
Masa |
3.00 pm – 5.00 pm |
Tempat |
Bilik Latihan PI1M Bandar 32 |
Peserta |
10 Orang Pelajar Kafa |
Objektif Pelaksanaan :
Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar untuk lebih kreatif dan mahir dalam menghasilkan poster kemerdekaan. Mereka juga diajar oleh petugas untuk menghasilkan esei yang bertemakan Hari Kemerdekaan menggunakan Microsoft Office Word dimana secara tidak langsung dapat memahirkan mereka dalam penggunaan Microsodt tersebut serta keyboard dan fungsinya.
Aktiviti :
Diawal kelas para pelajar telah diberi penerangan berkaitan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Mereka telah mewarnakan gambar poster kemerdekaan yang ke 60 tahun menggunakan software Kea Coloring yang terdapat di setiap PC. Mereka dengan bersungguh-sungguh mewarnakan gambar tersebut mengikut warna yang bersesuaian. Disini, penggunaan tetikus sangat penting untuk mereka mewarna sekaligus dapat memahirkan penggunaan mereka dalam menggerakkan tetikus. Selepas selesai mewarna, pelajar diajar oleh petugas untuk menyimpan gambar tersebut di dalam komputer. Setelah itu, mereka diarahkan untuk membuka Microsoft Office Word, dan memasukkan gambar tersebut ke dalamnya. Menggunakan gambar tersebut, mereka telah diberi tugasan untuk menghasilkan esei pendek bertemakan Hari Kemerdekaan.
*Gambar Aktiviti Disini*