Nama |
: Muhammad Hanif Bin Abu Bakar |
Umur |
: 26 Tahun |
Ahli |
: 09 Julai 2017 |
Latar Belakang :
Muhammad Hanif merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan Francais Air Milo. Selain itu, beliau juga telah membuka pusat tuisyen di rumahnya. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah menjadi seorang guru ganti di SMK Bera, Bandar 32 dan di SK Felda Tementi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan bersama PI1M, beliau sudah mempunyai facebook dan juga Instagram untuk mempromosikan produknya secara asas. Sebagai seorang peniaga atau usahawan, beliau perlu menggunakan laman sosial ini bagi tujuan pengebahan atau makluman kepada penduduk setempat. Selain itu, sebagai guru tuisyen beliau memerlukan kemahiran dalam penggunaan komputer. Ini bagi tujuan membuat soalan kuiz kepada pelajar dan sebagainya. Beliau sudah biasa menggunakan Microsoft office terutamanya word, powerpoint dan excel kerana latar belakang pendidikan beliau yang mempunyai segulung Ijazah Sarjana Muda.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas Muhammad Hanif menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Bandar 32, beliau menjadikan Pi1m tempat untuk beliau melakukan kerjanya seperti mencari bahan untuk kelas tuisyennya. Pihak PI1M banyak membantu beliau dalam mencari bahan seperti kuiz dan juga kertas penilaian menggunakan enjin carian google. Beliau juga ada meminta pertolongan dari petugas PI!M untuk mengajar beliau cara untuk mencetak kertas soalan / kuiz dalam pelbagai jenis format. Beliau juga selalu mengungjungi PI1M sekiranya terdapat jawatan kosong yang tersebar di internet, dan beliau tidak melepaskan peluang untuk memohon setiap pekerjaan tersebut kerana kemudahan internet di PI1M sangat membantu beliau memohon dengan lancar dan mudah kerana kini kebanyakkan permohonan adalah melalui permohonan online.