Aktiviti / Program | Saringan Kesihatan |
Tarikh | April – Jun 2025 |
Masa | 10.00 pagi – 4.30 petang |
Peserta | Komuniti |
Objektif :
Objektif saringan kesihatan di NADI adalah untuk mengesan awal faktor risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, dan kolesterol tinggi, serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan melalui pencegahan dan rawatan awal.
Aktiviti :
Aktiviti pelaksanaan saringan kesihatan di NADI merangkumi pendaftaran peserta, pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan kolesterol, pengukuran indeks jisim badan (BMI), serta kaunseling kesihatan oleh pegawai perubatan. Peserta juga akan menerima maklum balas serta nasihat lanjut berdasarkan keputusan saringan masing-masing.
Gambar Aktiviti : FOTO JUN : NADI x WELLBEING (Q2 SARINGAN & CARE)