| Aktiviti / Program | Dilea Open Live Class |
| Tarikh | 1,3,4,8, 14,15,17,18,21,24,28 & 29 Julai 2025 |
| Masa | 3.30 petang – 4.30 petang |
| Peserta | Pelajar Tingkatan 4 |
Objektif :
Program ini bertujuan untuk menyediakan platform pembelajaran tambahan secara percuma kepada pelajar sekolah menengah dalam subjek teras seperti Matematik, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar, mengukuhkan persediaan peperiksaan, serta membina keyakinan diri melalui bimbingan secara langsung oleh tenaga pengajar berpengalaman.
Aktiviti :
Aktiviti program DILEA OPEN LIVE CLASS di NADI Bandar 32 merangkumi kelas pembelajaran secara atas talian langsung (LIVE) mengikut jadual bagi subjek Matematik, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, termasuk sesi ulang kaji, perbincangan soalan peperiksaan, kuiz interaktif, serta bimbingan terus bersama tenaga pengajar menggunakan platform digital seperti Google Meet, lengkap dengan penyediaan nota dan latihan kepada pelajar.
Gambar Aktiviti : FOTO JULAI : DILEA OPEN LIVE CLASS (MATEMATIK, SEJARAH, B.MELAYU & B.INGGERIS)