mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI : MAHIR: FORUM INTAKE 3 BERSAMA KOMUNITI (ZON TIMUR)

Aktiviti / ProgramMAHIR: FORUM INTAKE 3 BERSAMA KOMUNITI (ZON TIMUR)
Tarikh09 JANUARI 2026
Masa3.00 petang – 4.30 petang
PesertaKomuniti

Objektif Pelaksanaan : 

Program ” Program MAHIR : Forum Intake 3 Bersama Komuniti (Zon Timur)” adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran komuniti setempat dalam pelbagai bidang yang relevan dengan keperluan semasa, khususnya kemahiran digital, fotografi, memasak dan pertanian pintar. Forum ini bertujuan menyediakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara penceramah, fasilitator dan peserta, di samping menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, forum ini juga bertujuan memperkenalkan program dan perkhidmatan NADI Mahir, menggalakkan penggunaan kemudahan NADI secara optimum, serta menyokong pemerkasaan komuniti ke arah masyarakat yang lebih berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan dalam “Program MAHIR : Forum Intake 3 Bersama Komuniti (Zon Timur)” adalah termasuk sesi pembentangan topik utama oleh panel atau tenaga pengajar mengenai kemahiran digital, fotografi, memasak dan pertanian pintar, sesi soal jawab interaktif yang membolehkan peserta bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan. Selain itu, forum ini turut menyediakan ruang untuk perkongsian peluang program Mahir NADI dan membina rangkaian komuniti melalui pertukaran pengalaman serta idea antara peserta.

Gambar Aktiviti : FOTO JANUARI : MAHIR: FORUM INTAKE 3 BERSAMA KOMUNITI (ZON TIMUR)