Aktiviti / Program |
Program Mesra ICT Bersama PI1M |
Tarikh |
24 Oktober 2017 |
Masa |
2.00 pm – 5.00 pm |
Tempat |
PI1M Bandar 32 |
Peserta |
Komuniti Bandar 32 |
Objektif Pelaksanaan :
Program Mesra ICT yang telah diadakan ini bertujuan untuk mendekatkan komuniti setempat dengan Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32. Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan aplikasi Dashboard kepada komuniti yang masih belum berkesempatan untuk menyertai program dashboard yang telah dijalankan sebelum ini
Aktiviti :
> Puzzle Dashboard (Sek Ren)
Pertandingan ini memerlukan peserta untuk melengkapkan/mencantumkan puzzle atau gambar yang berkaitan dengn ikon dashboard dan peserta dengan masa yang terpantas dikira sebagai pemenang
> Word Search Dashboard (Sek Ren, Sek. Men & Dewasa)
Setiap peserta harus melengkapkan dan mencari 10 perkataan yang diberikan dan harus menggariskan perkataan tersebut. Perkataan tersebut adalah berkenaan dengan aplikasi Dashboard. Peserta yang dapat melengkapkannya dalam masa terpantas akan dikira sebagai pemenang
> Rapid Typing (Sek Ren, Sek Men & Belia)
Meningkatkan kemahiran para peserta untuk menaip dengan betul, tepat dan cepat dalam masa yang telah ditetapkan
> Pertandingan Mewarna
Peserta diberikan kertas untuk mewarna yang mempunyai gambar berasakan ICT. Peserta terdiri daripada kanak- kanak 5-6 tahun