Aktiviti / Program |
Laporan Lawatan Sambil Belajar Kemas Purun |
Tarikh |
7 November 2017 |
Masa |
9.00 pm – 12.00 pm |
Tempat |
Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32 |
Peserta |
30 Pelajar Kemas Purun 2 Orang Cikgu 3 Orang Ibu |
Objektif Pelaksanaan :
Lawatan dari Kemas Felda Purun bertujuan memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia serta fungsi PI1M dan memberi pendedahan perkakasan komputer seperti tetikus, papan kekunci, & monitor kepada para pelajar. Permainan kuiz interaktif dan pertandingan mewarna turut diselitkan dalam lawatan ini.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang diadakan semasa lawatan ini diadakan adalah mempromosikan Pi1m dan memperkenalkan perkakasan komputer yang asas seperti tetikus, desktop dan papan kekunci. Setelah itu, para pelajar didedahkan kepada permainan pendidikan iaitu mini sebran dimana mereka harus membezakan warna, buah, membuat pengiraan dan membaca ABC. Dengan ini sedikit banyak dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaak PC. Setelah selesai bermain menggunakan mini sebran, mereka diajarr cara untuk mewarnakan gambar menggunakan PC dan seterusnya pertandingan mewarna diadakan.