Aktiviti / Program |
Laporan Program Literasi (Celik ICT & KDB) |
Tarikh |
6 Februari 2018 |
Masa |
8:00 am – 1:30 pm |
Peserta |
Pelajar SMK |
Objektif Pelaksanaan :
Program Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk mendidik para pelajar mengenai kesedaran menggunakan komputer dan internet secara lebih berwaspada dan bijak. Program ini juga dapat mengelakkan para pelajar daripada menjadi mangsa jenayah siber yang ternyata kini semakin menular di kalangan remaja. Manakala, permainan ICT yang bebentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pula bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kerjasama berkumpulan, berkeyakinan dan mahir dalam menggunakan Microsoft Powerpoint. Pelajar juga dapat melahirkan idea-idea yang kreatif bagi menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.
Aktiviti :
1. Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kuiz Spontan, 2. Latihan Dalam Kumpulan (Kuiz Jawab & Bongkar dan Seni Kreatif)