mcmc
Sejarah

SEJARAH

                  SEJARAH BANDAR 32

 

             Dahulunya Bandar 32 ialah dibawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).  Namun, sejak pembubaran Dara pada 1997, ia banyak memberi kesan kepada proses pembangunan dan kemajuan kepada penduduk terutamanya kepada generasi muda.  Namun begitu Bandar 32 kemudiannya diswastakan kepada Teras Dara Konsortium (TDK).  Malangnya TDK tidak berkeupayaan memainkan peranan meneruskan pembangunan di sini.  Disebabkan kedudukan ibu pejabat TDK di Muadzam Shah yang jauh menyukarkan proses pentadbiran dan pembangunan berterusan menyebabkan bandar ini diserahkan kepada Majlis Daerah Bera (MDB).  Dan sehingga kini MDB berusaha memajukan Bandar 32.  Antara usaha yang dijalankan untuk memajukan kawasan ini ialah pembinaan Dewan Komuniti Bandar 32, Taman Awam bandar 32, Gelanggang Futsal / Bola Jaring Bandar 32 serta menaiktaraf jalan dan longkang di Desa Juara dan Desa Jelawat.

               Bandar 32 merupakan satu penempatan yang merangkumi 50 buah rumah di Desa Juara, 50 buah di Desa Jelawat dan 83 buah rumah di Perumahan Kilang sawit.  Terdapat kemudahan seperti Klinik Kesihatan Bandar 32, SMK Bera Bandar 32, Balai Polis Bandar 32, Giat Mara Bandar 32, Pasar Awam Bandar 32, serta sebuah TBK Kemas  dan PDK (Pusat Dalaman Komuniti) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Bagi kebanyakan penduduk yang menghuni Desa Juara dan Desa Jelawat ialah daripada golongan pendidik yang bertugas di sekitar kawasan bera dan terdapat juga generasi ke-dua yang mengusahakan perniagaan sendiri, manakala bagi perumahan kilang mereka terdiri daripada kakitangan kilang tementi yang berdekatan dengan bandar 32. 

 

Sumber : Sinar Harian, 27.06.2010 (duniaitu.blogspot.com)