KISAH KEJAYAAN |
|
KATEGORI : KEUSAHAWANAN |
|
Nama |
Norain Binti Zubir |
Umur |
27 Tahun |
Alamat |
No.21-046 Desa Jelawat, Bandar 32, 28200 Bera, Pahang |
Perniagaan |
Dropship Online Produk Isra Life |
Online Platform |
Facebook dan Whatsapp |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M :
Sebelum ini, beliau sudah mempunyai facebook dan apliksai whatsapp tetapi adalah untuk kegunaan peribadi dan tidak menggunakannya untuk mempromosikan produk.Sebagai seorang peniaga atau usahawan, beliau perlu menggunakan media sosial ini bagi tujuan pengebahan atau makluman kepada penduduk setempat. Selain itu, beliau juga tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini dan agak kekok untuk menggunakannya. Beliau jarang menggunakan komputer untuk tujuan melayari internet dan lebih selesa menggunakan telefon pintar akan tetapi fungsinya adalah terhad dan bergantunng juga kepada langganan internet beliau.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M :
Beliau telah menglibatkan diri di dalam Program Mesra ICT bersama Pi1m Bandar 32. Melalui program ini, beliau berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli Pi1m Bandar 32. Di dalam program ini beliau didedahkan kepada pelbagai ilmu ICT seperti pengenalan kepada perkakasan komputer. Beliau juga diberikan pendedahan berkenaan cara yang betul untuk menggunakan keyboard. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu beliau untuk meningkatkan kemahiran komputer.
Platform media sosial lain juga turut diselitkan di dalam bengkel ini seperti medium facebook. Beliau dapat belajar cara untuk mempromosikan produk dengan betul menggunakan medium ini. Oleh kerana beliau perlu mengiklankan produk di media sosial, petugas telah memberi pendedahan tentang cara untuk mempromosikan produk dan cara untuk upload video di media sosial iaitu Facebook & My Shop.