KISAH KEJAYAAN |
|
KATEGORI : KEUSAHAWANAN |
|
Nama |
RAZAIDI BIN RAZALI |
Umur |
37 Tahun |
Alamat |
No.180 Felda Rentam, 28200 Bera, Pahang |
Perniagaan |
Kedai Jahit Alter Seluar |
Online Platform |
Facebook dan Whatsapp |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M :
Sebelum penglibatan Pi1m, beliau sudah mempunyai facebook dan apliksai whatsapp tetapi tidak menggunakannya untuk mempromosikan produk. Beliau hanya menggunakan media sosial ini untuk tujuan peribadi sahaja. Dari segi penggunaan komputer juga beliau tidak tahu menggunakannya kerana sudah lama tidak menggunakannya. Beliau tiada kemahiran untuk menggunakan komputer untuk menggunakan Microsoft dan sebagainya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M :
Selepas Razaidi Bin Razali menyertai kursus komputer hasil kolaborasi bersama Giatmara Bera selama 2 bulan, terdapat peningkatan dari segi kemahiran beliau menggunakan komputer iaitu semasa menggunakan perkakasan komputer dan juga menggunakan Microsoft Office 2010. Beliau lebih cekap menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint. Beliau sudah mampu menghasilkan kad perniagaan sendiri menggunakan Microsoft Word.