mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – NOR HAZWANI BINTI ABDUL MUTALIB

KISAH KEJAYAAN  

KATEGORI : KEUSAHAWANAN 

Nama

NOR HAZWANI BINTI ABDUL MUTALIB

Umur

29 Tahun

Alamat

No.12 Kawasan Perniagaan Felda Tementi

Perniagaan

Kedai Menjahit

Online Platform

Facebook dan Whatsapp

 

Sebelum Penggunaan ICT/  Penglibatan PI :

Sebelum penggunaan ICT, beliau kurang mahir menggunakan peralatan ICT seperti komputer. Oleh kerana sudah lama beliau tidak menggunakan komputer, beliau menghadapi kekangan untuk melakukan promosi menggunakan komputer. Oleh kerana beliau tidak begitu mahir dalam menggunakan peralatan ICT ia membataskan beliau untuk menyediakan sebarang hebahan bagi tujuan promosi seperti flyers ataupun memo. Beliau sudah mempunyai media sosial seperti facebook dan apliksai whatsapp tetapi tidak tahu menggunakannya untuk mempromosikan produk. Sebagai seorang peniaga atau usahawan, beliau sedar yang beliau perlu menggunakan medan sosial ini bagi tujuan pengebahan atau makluman kepada penduduk setempat kerana ianya sangat penting dalam memajukan perniagaan beliau dan beliau mengambil peluang untuk mendapatkan ilmu di Pusat Internet Bandar 32.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :

Setelah penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau sering ke Pusat Internet bagi tujuan mengambil gambar produk menggunakan mini studio. Dari segi penggunaan komputer pula, beliau sudah mula selesa menggunakan komputer berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini beliau masih takut dan ragu-ragu untuk menggunakan komputer, namun dengan bimbingan petugas Pusat Internet beliau sudah boleh membuat seperti apa yang telah diajar. Selain itu, beliau juga kini lebih yakin untuk mempromosikan produk di media sosial hasil daripada menghadiri kelas yang diadakan di Pusat Internet.