mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – NORWARDATILANITA BT MOHD AWANG

KISAH KEJAYAAN  

KATEGORI : KEUSAHAWANAN 

Nama

NORWARDATILANITA BT MOHD AWANG

Umur

52 Tahun

Alamat

No.163 Felda Tementi, 28200 Bera, Pahang Darul Makmur

Perniagaan

Kuih Bakar & Kuih Muih

Online Platform

Facebook dan Whatsapp

 

Sebelum Penggunaan ICT/  Penglibatan PI :

Sebelum penglibatannya di Pusat Internet beliau tidak mahir menggunakan komputer kerana jarang sekali menggunakan komputer dan sudah lama tidak memegang perkakasan komputer. Namun, beliau perlu berusaha untuk mempelajari ilmu ICT bagi mendapatkan kemahiran kerana beliau sedar ianya amat penting dalam mempromosikan perniagaan beliau. Beliau sudah mempunyai facebook dan apliksai whatsapp tetapi tidak menggunakannya untuk mempromosikan produk. Sebagai seorang peniaga atau usahawan, beliau perlu menggunakan medan sosial ini bagi tujuan pengebahan atau makluman kepada penduduk setempat. Beliau sering ke Pusat Internet bagi tujuan memindahkan gambar di telefon pintarnya dan beliau hanya meminta bantuan dari petugas kerana tidak tahu cara untuk melakukannya. Oleh kerana kekangan yang dihadapi untuk menggunakan komputer, ini membataskan lagi beliau untuk menambah nilai produknya kerana pada masa kini semua adalah di hujung jari.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :

Setelah penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau kini lebih mahir untuk mempromosikan produk beliau melalui mendia sosial. Dari segi penggunaan komputer pula, beliau sudah mula selesa menggunakan komputer berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini beliau tidak yakin untuk menggunakan komputer, namun dengan bimbingan petugas Pusat Internet beliau kini sudah boleh melakukan beberapa kerja menggunakan komputer seperti mengedit gambar menggunakan power point serta memuat naik hasil gambar yang beliau tangkap menggunakan mini studio di media sosial.