KISAH KEJAYAAN |
|
KATEGORI : KEUSAHAWANAN |
|
Nama |
NOR ALIA ATHIRAH BINTI AZMI |
Umur |
19 Tahun |
Alamat |
No.22-A Perumahan Kilang Sawit Tementi |
Perniagaan |
Dasuki Locking Grill |
Online Platform |
Facebook dan Whatsapp |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Sebelum penglibatan Pusat Internet beliau jarang menggunakan komputer bagi tujuan melayari internet khususnya untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah. Beliau harus ke Cyber Café yang berdekatan untuk mencari maklumat namun, komputer yang disediakan sangatlah terhad. Kemahiran beliau untuk menggunakan komputer sangat terbatas kerana tidak mahir menggunakan komputer dan Microsoft office. Bagi tujuan perniagaan beliau banyak menggunakan media sosial seperti whatsapp dan juga facebook.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Selepas penggunaan ICT di Pusat Internet beliau tidak begitu mahir mengendalikan komputer dan memerlukan bantuan serta tunjuk ajar dari peetugas untuk membuka aplikasi di komputer. Setelah diajar beberapa kali beliau sedikit demi sedikit dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan komputer walaupun tidak cekap sepenuhnya dan masih memerlukan bantuan petugas Pusat Internet. Walaubagaimanapun, kemahiran beliau dapat ditingkatkan dengan menghadiri beberapa kelas dan program yang dianjurakan di Pusat Internet. Sebelum ini beliau tidak terdedah kepada ilmu ICT terutamanya peralatan atau perkakasan komputer tetapi kini sedikit sebanyak mengetahui dan mengenali perkakasan asas komputer. Beliau sering mengakses internet untuk mencari maklumat serta bahan bagi tujuan menyiapkan kerja kursus bersama rakan-rakannya. Beliau juga sudah boleh menggunakan aplikasi dashboard bagi mempromosikan produknya secara lebih meluas. Setelah menggunakan Pusat Internet beliau telah dimaklumkan dengan aplikasi dashboard dan diajar cara untuk menggunakannya dan memuat naik produk ke dalam aplikasi dashboard