KISAH KEJAYAAN |
|
KATEGORI : KEUSAHAWANAN |
|
Nama |
NURAINA UMAIRAH BINTI ZULKIFLI |
Umur |
18 Tahun |
Alamat |
B-29 Perumahan Kilang Sawit Tementi, 28200 Bera, Pahang |
Perniagaan |
Agen Produk CLV |
Online Platform |
Facebook dan Whatsapp |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Sebagai seorang pelajar, Nuraina lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk mencari rujukan bagi menyiapkan kerja sekolah. Disebabkan di sekitar kilang tidak terdapat banyak siber cafe beliau sukar untuk menggunakan kemudahan komputer bagi tujuan menyiapkan kerja sekolah. Ini menyebabkan beliau kurang mahir untuk mengendalikan komputer.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Selepas penglibatan dengan Pusat Internet, beliau kerap ke Pusat Internet bagi tujuan mengulang kaji pelajaran dan menggunakan perkhimatan komputer untuk menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakannya. Jika beliau mempunyai masalah untuk menyiapkan tugasan menggunakan komputer, petugas Pusat Internet akan membantu beliau dan rakan-rakannya dengan membuat kelas komputer bagi menyiapkan tugasannya. Beliau juga telah menjadi ahli pada tahun 2015. Kewujudan Pusat Internet juga banyak membantu beliau untuk memudahkan beliau menyiapkan kerja sekolah. Beliau menggunakan sepenuhnya kemudahan yang terdapat di Pusat Internet.