mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN SEPT : PROGRAM ADVOKASI KDB & ICT

Aktiviti / Program

PROGRAM ADVOKASI KDB & LITERASI ICT

Tarikh

13,18 & 20 SEPTEMBER 2019

Masa

9.00 am – 12.00 pm

Peserta

Pelajar Tahun 4,5 & 6

SK Batu Papan, SK Kuala Triang & Bukit Gemuruh

 

Objektif Pelaksanaan :

Pusat Internet Kluster Bera telah mengambil inisiatif untuk pergi ke sekolah-sekolah yang terdapat di sekitar Bera untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesedaran dalam penggunaan internet dan komputer secara bijak dan waspada.  Program ini juga dapat mengelakkan para pelajar daripada menjadi mangsa jenayah siber yang ternyata kini semakin menular di kalangan remaja. 

Aktiviti :

i: Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)

Taklimat ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang cara penggunaan internet yang bijak kerana mereka terlalu terdedah dengan penggunaan gajet secara tidak terkawal. Setelah taklimat berakhir, mereka diberikan soalan kuiz secara spontan oleh petugas Pusat Internet

ii : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

  • Seni Kreatif (Powerpoint) – Pelajar ditugaskan untuk menghasilkan poster menggunakan Microsoft Powerpoint secara berkumpulan. Mereka diberikan tajuk ‘Pelajar Pintar Sekolah Cemerlang’
  • Kuiz ICT – Setiap kumpulan diberikan 5 kuiz bertulis. Mereka perlu menjawab kuiz tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Kuiz adalah berkaitan dengan taklimat KDB dan ICT
  • Kuiz Jawab & Bongkar – Tugasan kedua adalah menyiapkan tugasan kuiz jawab dan bongkar. Kuiz adalah berkenaan dengan ICT dan juga KDB. Pertama sekali pelajar harus menjawab soalan matematik terlebih dahulu untuk membuka kotak-kotak yang berisi jawapan kepada soalan yang diberikan. Setelah berjaya pelajar perlu mengisi jawapan yang tepat di dalam kertas soalan tersebut.

Gambar Aktiviti Disini