Tarikh : 26.12.2019
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : Pusat Internet Bandar 32
Aktiviti mengarang artikel menggunakan Microsoft Power Point bertajuk Kesedaran Pencegahan Demam Denggi yang mana merupakan salah satu aktiviti sempena Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Pusat Internet Bandar 32. Peserta terdiri daripada pelajar SMK Bera Bandar 32, dimana mereka perlu menaip artikel yang telah disediakan serta menghasilkan artikel yang menarik dengan tambahan imej dan latar belakang yang bersesuaian. Hasil artikel yang telah siap perlu disimpan dalam bentuk JPEG (format gambar) dan kemudiannya peserta perlu memuatnaik ke dalam MYKomuniti pada hari program untuk dipertandingkan