KISAH KEJAYAAN |
|
KATEGORI : CELIK ICT / KOMUNITI PINTAR |
|
Nama |
IZZAH INSYIRAH BINTI BAHARAN |
Umur |
18 TAHUN |
Alamat |
No C 2-2 Kip Sebertak, 28200 Bera, Pahang Darul Makmur |
No Telefon |
019-7560578 |
Tahun Menjadi Ahli |
12 Jun 2018 |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Sebelum penglibatan PI beliau sering meminta bantuan ibu atau bapanya untuk ke Cyber Café bagi tujuan menggunakan kemudahan Print, Fotostat dan sebagainya. Kadang kala beliau juga akan ke Cyber Café untuk membuat kerja sekolah menggunakan komputer. Beliau hanya mendapat bantuan dari kakaknya jika tidak tahu cara untuk mengendalikan komputer kerana beliau masih tidak mahir menggunakan komputer. Kemudahan yang terhad termasuklah jumlah komputer yang terhad dan suasana yang tidak selesa membuatkan beliau kurang gemar untuk membuat kerja di Cyber Café. Selain itu, beliau juga kerap menyiapkan tugasan di makmal sekolah.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Selepas beliau menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2018, beliau sangat kerap mengunjungi Pusat Internet sama ada untuk menggunakan kemudahan komputer, fotostat, cetakan, laminate dan sebagainya. Beliau dan rakan-rakannya sangat kerap ke PI untuk tujuan mengulang kaji pelajaran atau menyiapkan tugasan sekolah. Semasa beliau berada di tingkatan 4 dan 5 beliau sering menyiapkan tugasan Prinsip Akaun dan juga pengajian perniagaan. Beliau juga membuat pinjaman netbook bagi menyiapkan tugasan tersebut dirumah.