KARNIVAL PENJAJA & PENIAGA KECIL 2016, NEGERI PAHANG
Karnival Penjaja & Peniaga Kecil 2016, Negeri Pahang yang berlangsung di Laman Kerayong Bera pada 16-20 Mac 2016 telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada malam 19 Mac 2016. Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32 serta 5 buah Pusat Internet 1Malaysia di Daerah Bera telah dijemput untuk membuka booth pada karnival tersebut memandangkan minggu tersebut merupakan cuti sekolah penggal pertama. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia untuk memeriahkan dan menjayakan lagi karnival tersebut. Antaranya ialah, Fishing Answer, Roda Impian, Colouring Online, dan pelbagai lagi kuiz yang menguji minda peserta berkenaan ICT. Turut diadakan pemeriksaan tekanan darah iaitu salah satu dr program I-Health yang telah dilancarkan.