mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN : AZIRA ZAIDA BINTI TERMIDI @ TERMIJI

KISAH KEJAYAAN  

KATEGORI : CELIK IT

Nama

AZIRA ZAIDA BINTI TERMIDI @ TERMIJI

Umur

37 Tahun

Alamat

No. 256 Felda Rentam, 28200 Bera, Pahang

No Telefon

019-9635925

Tahun Menjadi Ahli

30 Januari 2021

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PIK

Sebelum penglibatan di Pusat Internet, beliau lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk membuat pengiklanan di media sosial seperti whatsapp dan juga facebook. Beliau boleh menggunakan komputer tetapi tidak cekap kerana sudah lama tidak menggunakannya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PIK

Puan Azira mula menjadi ahli pusat internet pada awal tahun 2021. Beliau menjadi ahli bagi tujuan mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet dan untuk mengikuti kursus Empower Acer secara atas talian. Beliau sebelum ini tidak pernah menggunakan komputer untuk membuka  zoom. Petugas mengajarnya cara untuk membuka whatapp web, dan zoom. Beliau diajar cara untuk membuka link zoom meeting dan menggunakan aplikasi zoom ini sama ada untuk bercakap, mute, dan membuka kamera.

Selain itu, Puan Azira juga mengikuti latihan keusahawanan di Pusat Internet. Antara kelas yang diikuti adalah kelas membuat facebook page, membuat poster dan video menggunakan canva. Kelas ini diadakan bersesuaian dengan tuntutan kursus Empower Acer yang diikutinya yang memerlukan beliau mempunyai facebook page untuk perniagaan. Beliau juga perlu membuat suntingan cover page dan membuat video perniagaannya

Walaupun beliau sudah lama tidak menggunakan komputer tetapi beliau masih mengetahui cara untuk menggunakan komputer, papan kekunci, dan tetikus dengan betul walaupun ianya perlu mengambil sedikit masa untuk menggunakannya