Nama |
: KANISHAA A/P SARAWANAN |
Umur |
: 12 Tahun |
Ahli |
: 15 April 2015 |
Latar Belakang :
Beliau merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Felda Tementi dan baru sahaja mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR. Kanishaa juga merupakan ahli yang aktif menyertai kelas di Pi1M.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan bersama Pi1m, beliau sangat jarang dan tidak didedahkan kepada penggunaan komputer. Ini kerana ketiadaan kemudahan komputer di rumah beliau. Sebagai seorang pelajar beliau sangat memerlukan kemudahan komputer bagi memudahkan beliau menyiapkan kerja sekolah kerana kebanyakkan tugasan memerlukan beliau mendapatkan maklumat hasil carian di internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pi1m, beliau kini dapat menggunakan komputer dan kemudahan internet yang disediakan dengan baik. Beliau merupakan salah seorang ahli yang rajin mengikuti kelas di Pi1m Bandar 32. Bermula dengan kelas belajar menaip sehinggalah kepada asas Microsoft Office 2010. Beliau tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti setiap kelas dan program yang dianjurkan oleh Pi1m Bandar 32. Pelbagai kelas telah disertai olehnya seperti cara menaip dengan betul, kelas asas paint, kelas menghasilkan kad hari guru, kad hari bapa, smart art animation dan sebaginya. Semua kelas yang disertainya banyak memberi pengetahuan dan dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Beliau juga kerap ke Pi1m untuk menyiapkan kerja sekolah dan mencari bahan seperti gambar dan bahan bacaan untuk kerja sekolah dan folio. Sekarang beliau sudah mampu menggunakan internet tanpa pertolongan petugas untuk mencari bahan dan gambar. Beliau sangat mengaplikasikan apa yang dipelajarinya di dalam kelas komputer tersebut dengan membuat kad ucapan untuk ahli keluarga beliau sendiri.