Nama |
: Amirul Ismadi Bin Othman |
Umur |
: 15 Tahun |
Ahli |
: 2 Mei 2015 |
Latar Belakang :
Amirul Ismadi merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32 dan akan menduduki PT3 pada tahun ini. Beliau berasal dari Felda Rentam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatannya bersama PI1M beliau agak sukar untuk mendapatkan perkhidmatan komputer dan internet di sekitar tempat tinggalnya. Beliau hanya mempunyai asas untuk menggunakan komputer tetapi tidak begitu cekap dan mahir kerana tidak berpeluang untuk mempelajarinya kerana di rumah beliau tiada komputer dan hanya menggunakan komputer di makmal sekolah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas penglibatan bersama PI1M, banyak manfaat yang beliau peroleh. Antaranya, pembelajaran beliau semakin baik dan berkesan dengan adanya rujukan dari internet sebagai bahan rujukan tambahan. Selain itu, kerja sekolah beliau terutamanya kerja kursus dapat dilakukan dengan lebih efisien dan efektif. Bukan saja dari segi pembelajaran, malah beliau juga memanfaatkan cuti sekolah beliau dengan pergi ke PI1M untuk membuat perkara yang bermanfaat seperti menjawab soalan kuiz online, e-pembelajaran dan menonton youtube yang berbentuk ilmiah bagi menggunakan masa yang ada sebaik mungkin. Setelah mengikuti beberapa kelas di PI1M Bandar 32 beliau kini sudah mampu mengaplikasikan apa yang diajar di dalam kelas asas Microsoft seperti Microsoft Word, Powerpoint dan Publisher. Beliau juga sudah boleh menghasilkan video menggunakan aplikasi Movie Maker.