mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q2 – PUAN SUHAIRA

CELIK IT Q2 TAHUN 2023

Nama

SUHAIRA BINTI MUHAMMAD

Umur

44 Tahun

Alamat

No. 319 Felda Tementi, 28200 Bera, Pahang

No Telefon

011-1571 1679

Tahun Menjadi Ahli

23 September 2015

Latar belakang

Puan Suhaira merupakan seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa, tetapi menjadikan kemahiran beliau membuat kuih untuk diletakkan di gerai makanan pagi sebagai pendapatan sampingan beliau. Puan Suhaira seorang yang sangat mengikuti perkembangan hebahan terkini terutamanya apabila melibatkan urusan persekolahan anak-anak beliau. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Sebelum Puan Suhaira hadir ke PEDi beliau hanya mempunyai asas penggunaan internet menggunakan telefon pintar sahaja. Beliau tidak menjadikan umur sebagai halangan buat beliau hadir dan meminta bantuan petugas untuk membantu beliau mempelajari IT dengan lebih baik memandangkan kebanyakan urusan kini perlu dilakukan secara atas talian. Beliau tidak mendapat pendedahan secara meluas mengenai teknologi ICT secara dekat sebelum beliau hadir ke PEDi Bandar 32. Penggunaan PC dan internet merupakan perkara yang perlu beliau mahirkan kembali setelah lama tidak menggunakannya.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi

PEDi Bandar 32 menjadi tempat rujukan & bimbingan berkenaan kemudahan ICT terutama cara-cara untuk menggunakan internet serta kaedah memanfaatkan kemudahan ICT dengan lebih meluas.

Semakin mahir dan cekap menggunakan internet, telefon bimbit serta komputer.

Pengenalan kepada Internet – sistem permohonan pendaftaran Tahun 1 dan kemaskini profil anak di laman sesawang httpss;/public.moe.gov.my, permohonan kemasukan ke ADTEC, Berasrama Penuh, Kolej Vokasianal dan pelbagai sistem permohonan yang lain lagi.  Melayari platform Whatsapp Web dan juga membuka akaun Gmail untuk tujuan menghantar dokumen berkaitan.

______________________________________________________________________________