CELIK IT Q3 TAHUN 2023 |
|
Nama |
NUR ALYA MAISARA BT A.RAHIM |
Umur |
16 Tahun |
Alamat |
No 19/76 Rumah Kakitangan Felda Tementi |
No Telefon |
013-5234392 |
Tahun Menjadi Ahli |
06 Mei 2017 |
Latar belakang
Nur Alya Maisara Bt A.Rahim adalah seorang pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar 32, Bera, Pahang. Beliau merupakan seorang pengawas sekolah yang aktif dalam setiap persediaan program rasmi sekolah. Seorang yang bermotivasi dan aktif dalam penglibatan aktiviti kokorikulum serta kurikulum.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Sebelum Nur Alya Maisara hadir ke PEDi Bandar 32 beliau tidak mendapat pendedahan secara meluas mengenai teknologi ICT secara dekat dan mendalam. Penggunaan PC & internet merupakan perkara baharu bagiNur Alya Maisara untuk beliau terokai. Beliau juga tidak begitu mahir untuk menggunakan Microsoft Office dan internet bagi mencari maklumat dan perkara berkaitan tugasan sekolah.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
PEDi Bandar 32 menjadi tempat rujukan & bimbingan berkenaan kemudahan ICT terutama cara-cara untuk menggunakan internet serta kaedah memanfaatkan kemudahan ICT dengan lebih meluas.
Sentiasa ke PEDi untuk membuat kerja sekolah, ulang kaji, melayari internet untuk mencari maklumat menggunakan komputer yang disediakan, menggunakan perkhidmatan cetakan, fotokopi, binding dan laminate untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah.
Semakin mahir dan cekap menggunakan internet, telefon bimbit serta komputer.
Antara modul dan sesi kelas latihan ICT yang pernah disertai oleh Nur Alya Maisara ialah Asas Microsoft Word & Power Point, Pengenalan kepada Internet – cara mencari dan menyimpan gambar dari Google Images, menyertai program advokasi dan literasi ICT di PEDi Bandar 32 serta menyertai kelas suntingan gambar untuk mencipta poster menggunakan Canva.
Sentiasa bertanya kepada petugas PEDi untuk mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan tentang perkara berkaitan ICT.
Mampu menghasilkan tugasan yang menarik, kemas dan cantik menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint dengan baik seperti mencari gambar, edit, menyusun gambar, menggunakan pelbagai jenis font, warna serta lain-lain lagi sebelum dicetak.
Membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan ketika menggunakan internet untuk mencari info, maklumat dan pelbagai gambar yang diperlukan.