mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – NOR NAZIRA BINTI ABD RAZAK

KISAH KEJAYAAN  

KATEGORI : KEUSAHAWANAN 

Nama

NOR NAZIRA BINTI ABD RAZAK

Umur

24 Tahun

Alamat

No.35 Felda Sebertak, 28200 Bera, Pahang

Perniagaan

Agen Produk CLV

Online Platform

Facebook dan Whatsapp

 

Sebelum Penggunaan ICT/  Penglibatan PI :

Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet, beliau sangat-sangat jarang menggunakan komputer dan perkakasan yang lain. Beliau hanya pandai menggunakan telefon pintar. Beliau menggunakan telefon pintarr hanyalah untuk mengakses media sosial seperti whatsapp dan facebook, Perasaan takut untuk mempelajari ICT sentiasa ada dalam dirinya. Namun, beliau perlu berusaha untuk mempelajari ilmu ICT bagi memberikan kemahiran kepada beliau dalam mempromosikan produk khususnya. Oleh kerana kekangan yang dihadapi untuk menggunakan komputer, ini membataskan lagi beliau untuk menambah nilai produknya kerana pada masa kini semua adalah di hujung jari.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :

Selepas penglibatan ICT beliau mempelajari lebih banyak kemahiran terutamanya untuk menggunakan telefon pintar. Telefon pintar mempunyai banyak fungsi dalam usaha memajukan perniagaan yang diusahakannya tanpa ketinggalan dalam teknologi yang serba canggih ini. Beliau dapat menerokai pelbagai perkara yang baru dengan hanya menggunakan telefon pintar yang sebelum ini hanya digunakan untuk mengambil gambar selfie, mengakses media sosial seperti facebook dan aplikasi whatsapp sahaja. Beliau dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan peralatan ICT seperti komputer, tetikus dan juga papan kekunci. Sebelum ini beliau begitu takut untuk menggunakan peralatan ini kerana tidak mahir dan kini sudah lebih selesa menggunakan komputer dengan bantuan petugas walaupun tidak secara sepenuhnya. Ini sedikit sebamyak dapat membantu Nor Nazira untuk lebih celik IT.