mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN : NORHAIZAM BT SIDEK (USAHAWAN)

KISAH KEJAYAAN  

KATEGORI : KEUSAHAWANAN

Nama

NOR HAIZAM BINTI SIDEK

Umur

40 Tahun

Alamat

No 105 Felda Tementi, 28200 Bandar Bera, Pahang

No Telefon

0132022748

Tahun Menjadi Ahli

02 DISEMBER 2017

Sebelum Penggunaan ICT/  Penglibatan PI :

Sebelum penggunaan PC di Pusat Internet beliau hanya menggunakan telefon pintar bagi tujuan mempromosikan produk di media sosial. Beliau sudah mempunyai akaun media sosial seperti facebook, whatsapp dan Instagram.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :

Puan Norhaizam sebelum ini pernah melibatkan diri di dalam program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti Hari Bersama Pusat Internet pada tahun 2018 dan 2019. Beliau hanya menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program dan sering juga menyertai pertandingan yang diadakan oleh Pusat Internet Bandar 32. Selain itu, Pusat Internet juga pernah menggunakan perkhidmatannya bagi tujuan menyediakan makanan iaitu nasi lemak dan air semasa program diadakan

Baru-baru ini beliau telah menyertai dua kelas atau Bengkel Usahawan Baru Online 2020 iaitu menjual produk menggunakan Shopee. Tujuan bengkel Shopee ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan serta membantu peniaga seperti Puan Norhaizam menggunakan internet sebagai platform berniaga. Selain itu, bagi membantu beliau untuk meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan dan kenalpasti produk yang boleh ditempatkan di Pusat Internet.

Walaupun beliau sudah lama tidak menggunakan komputer tetapi beliau masih mengetahui cara untuk menggunakan komputer, papan kekunci, dan tetikus dengan betul walaupun ianya perlu mengambil sedikit masa untuk menggunakannya dengan baik.