mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN – PUAN ADURA SAAD

Nama

:  ADURA BINTI SAAD

Umur

:  44 Tahun

Ahli

:  11 Oktober 2016

 

Latar Belakang :

Puan Adura Saad merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan SPA secara bergerak di seluruh kawasan Bera dan juga diluar kawasan. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan menjual pakaian di carboot sale Bera dan membuat perniagaan menyediakan masakan panas bagi majlis- majlis keraian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan Pi1M, beliau sudah mempunyai facebook dan apliksai whatsapp tetapi tidak menggunakannya untuk mempromosikan produk. Sebagai seorang peniaga atau usahawan, beliau perlu menggunakan media sosial ini bagi tujuan pemasaran perniagaan beliau. Selain itu, beliau juga tidak pernah menggunakan komputer dan agak kekok untuk menggunakannya pada pertama kali menyertai kelas yang dianjurkan. Sebelum ini beliau banyak meminta bantuan daripada adiknya dan juga rakan-rakannya untuk menghasilkan flyers, poster dan kad perniagaan bagi tujuan mempromosikan dan memperkenalkan produknya kerana beliau tidak pandai menggunakan komputer. Ini menyukarkan beliau untuk menyumbangkan idea dan sebagainya kerana tidak mahir menggunakan komputer. Walaubagaimanapun, fokus beliau yang utama adalah kepada SPA bergerak dan pelbagai perniagaan sampingan yang lain turut dijalankan bagi menjana pendapatan kerana beliau merupakan ibu tunggal yang mempunyai semangat yang tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penglibatan pertama beliau bersama Pusat Internet 1 Malaysia adalah ketika mengikuti program yang dijalankan oleh Pi1m Kluster Bera iaitu Bengkel MyShop dan Asas Fotografi. Melalui bengkel ini beliau dapat belajar cara untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik bagi tujuan pemasaran produk. Platform penggunaan media sosial juga turut diselitkan di dalam bengkel ini seperti medium facebook. Petugas juga turut mengajar cara untuk menggunakan Microsoft Office Powerpoint dimana, beliau perlu menghasilkan slide pengenalan produk dan seterusnya mempersembahkan kepada peserta yang lain. Pembelajaran ini dapat meningkatkan keyakinan diri secara tidak langsung yang mana penting untuk mereka yang bergelar usahawan kerana mereka perlu berkomunikasi bersama pelanggan mereka sendiri. Beliau juga turut menyertai bengkel hasil kerjasama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Bengkel Pemantapan Microsoft Office 2010 bersama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah  Bera. Antara modul yang dipelajari adalah seperti Penghasilan resume, asas Microsoft Excel dan pengenalan kepada Microsoft Powerpoint. Pada masa yang sama beliau juga diajar untuk membuka akaun gmail dan cara untuk menggunakannya. Pembelajaran ini sedikit sebanyak membantu beliau untuk meningkatkan kemahiran beliau terhadap penggunaan komputer dan juga internet. Beliau juga berjaya menghasilkan kad perniagaan dan juga flyers sendiri hasil kelas yang telah disertai oleh beliau di Pi1m bandar 32. 

                          Adura-2