Nama |
: Elinaton Binti Misrani |
Umur |
: 33 Tahun |
Ahli |
: 25 Ogos 2017 |
Latar Belakang :
Puan Elinaton Binti Misrani merupakan seorang pengusaha perniagaan ZZ Silver Enterprise yang menjual pelbagai jenis kain pasang secara atas talian dan kini sedang menjalani kursus jahitan di Giatmara Bera, Bandar 32. Beliau turut mengikuti kursus komputer bermula bulan ogos yang lalu hasil kerjasama bersama Giatmara Bera. Beliau memulakan perniagaan ini kira-kira setahun yang lalu dan sangat aktif membuat jualan secara langsung di sekitar Felda Kumai Disamping itu, beliau turut menjalankan perniagaan Popia Sata atau Otak-otak frozen.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatannya dengan PI1M, beliau sudah lama tidak menggunakan komputer. Beliau juga memberitahu yang beliau sudah ketinggalan cara untuk menggunakan komputer. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya untuk menggunakan komputer bagi tujuan mempromosikan produknya. Beliau hanya menggunakan telefon pintar bagi tujuan mempromosikan produk di facebook. Beliau juga tidak begitu mahir dalam penggunaan papan kekunci dan microsoftt office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas Puan Elinaton menyertai kursus komputer di PI1M, terdapat peningkatan dari segi kemahiran beliau mengendalikan komputer. Pada mula kelas komputer beliau sedikit janggal mahu menggunakan komputer tetapi setelah latihan telah diberikan seperti menaip, mengenali perkakasan komputer dan kelas Microsoft Office Word, petugas dapat melihat sedikit perkembangan beliau dalam menguasai kemahiran komputer ini. Sebagai seorang usahawan secara kecil-kecilan, beliau telah didedahkan kepada penggunaan aplikasi dashboard (MyShop). Jika sebelum ini beliau tidak tahu tentang kewujudan aplikasi ini, tetapi kini beliau boleh mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui Aplikasi MyShop. Beliau telah mempromosikan produk sata frozen dan kain pasang melalui aplikasi tersebut. Beliau juga kini lebih selesa menggunakan komputer untuk mengemaskini Page Facebook perniagaannya, kerana kata beliau lebih jelas untuk difahami dan memudahkan beliau.