mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN Q1 2023 – PUAN HALIMAH

KEUSAHAWANAN Q1 TAHUN 2023

Nama

HALIMAH BINTI BAKAR

Umur

49 Tahun

Alamat

No. 180 Felda Sebertak, 28200 Bera, Pahang

No Telefon

011-58614123

Tahun Menjadi Ahli

20 Julai 2017

Latar belakang

Puan Halimah ialah seorang ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak dan menjadikan perniagaan biskut sebagai punca pendapatan beliau untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, minat beliau dalam bidang masakan dan pastri juga mendorong beliau untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan beliau dengan lebih meluas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Puan Halimah kurang mahir menggunakan komputer kerana jarang menggunakan komputer dan banyak menerima tempahan melalui pelanggan tetap sahaja melalui aplikasi Whatsapp. Puan Halimah juga kurang konsisten dalam membuat promosi produknya di media sosial mengikut waktu yang sesuai. Hebahan produk jualannya pula hanya tertumpu pada satu platform sahaja iaitu group WhatsApp komuniti dan status Whatsapp. Kesan dari kurang kemahiran dalam perniagaan, rekod jualan beliau tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Jadi, beliau hadir ke PEDi untuk menambah ilmu keusahawanan yang sedia ada untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Penglibatan dalam kelas dan program anjuran PEDi yang telah disertai membantu beliau menambah pengetahuan berkaitan teknik pemasaran dan kemahiran dalam menyediakan copywriting.Teknik pemasaran yang ditekankan dalam Kelas Latihan Keusahawanan yang menjadi fokus utama adalah kekerapan penjual membuat promosi/ mengiklankan jualan di media sosial atau platform jualan lain seperti di status WhatsApp, group perniagaan dan lain-lain lagi secara konsisten serta kreatif. Kaedah ini mampu menarik pelanggan untuk lebih mengenali produk jualan para penjual/usahawan. Langkah ini telah dipraktikkan oleh Puan Halimah dan jualan setiap bulan beliau telah menunjukkan perkembangan yang baik. Melalui pendekatan bersama PEDi ini, dapat membantu beliau dalam mengembangkan perniagaan beliau memasuki pasaran di kedai-kedai kuih dan Petronas.

_______________________________________________________________________________________