USAHAWAN Q2 TAHUN 2023 |
|
Nama |
SALMIAH BINTI SAAD |
Umur |
43 Tahun |
Alamat |
No. 215-B, Felda Rentam, 28200 Bera, Pahang Darul Makmur. |
No Telefon |
011-61849560 |
Tahun Menjadi Ahli |
17 November 2019 |
Latar belakang
Puan Salmiah merupakan seorang peniaga yang sangat aktif di Felda Rentam, Bera di mana beliau juga mempunyai sebuah kedai iaitu Kedai Serbaneka RM2 Ke Atas. Puan Salmiah juga merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan bouquet dan juga surprise delivery di Felda Rentam, Bera. Beliau juga mempunyai kedai serbaneka yang menjual pelbagai keperluan rumah. Keperibadian diri yang suka akan dunia perniagaan ini telah mendorong beliau untuk membuka perniagaan sendiri setelah berhijrah pulang ke kampung untuk menjaga ibu beliau selepas berhenti kerja di Kuala Lumpur. Idea tercetus untuk menjalankan perniagaan ini adalah kerana minat beliau dalam dunia seni gubahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Puan Salmiah kurang mahir menggunakan komputer kerana sudah lama tidak menggunakan komputer. Beliau hanya menggunakan telefon pintar untuk menjalankan perniagaan secara online. Beliau juga kurang aktif penglibatan diri dalam program yang dianjurkan oleh PEDi sebagai contoh Kelas Latihan Keusahawanan atau program bersama komuniti yang telah dijalankan kerana kekangan waktu untuk hadir ke PEDi. Selain itu, beliau kurang pengetahuan mengenai teknik pemasaran yang digunakan pada masa kini dan tidak mahir dalam menulis copywriting yang bagus untuk menarik pelanggan datang membeli. Puan Salmiah juga kurang konsisten dalam membuat promosi produknya di media sosial mengikut waktu yang sesuai. Hebahan produk jualannya pula hanya tertumpu pada satu platform sahaja iaitu group WhatsApp komuniti dan status Whatsapp. Kesan dari kurang kemahiran dalam perniagaan, rekod jualan beliau tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Jadi, beliau hadir ke PEDi untuk menambah ilmu keusahawanan yang sedia ada untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Puan Salmiah telah melibatkan diri di dalam program tahunan yang dianjurkan oleh pusat internet. Program yang disertai adalah program Hari Bersama Komuniti. Melalui program ini beliau didedahkan dengan aplikasi Pusat Internet iaitu Dashboard Komuniti. Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat menarik perhatiannya apabila beliau turut berpeluang untuk mempromosikan produknya di MyShop.
Pada tahun 2019 beliau telah menyertai kelas asas fotografi dan suntingan imej buat pertama kali. Beliau juga telah menyertai kelas / bengkel usahawan baru online 2020 iaitu menjual produk menggunakan shopee. Tujuan Bengkel Shopee ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan PEDi sebagai Pusat Latihan Keusahawanan serta membantu peniaga seperti Puan Salmiah menggunakan internet sebagai platform berniaga.
Penglibatan dalam kelas ini dapat membantu beliau menambah pengetahuan berkaitan teknik pemasaran dan kemahiran dalam menyediakan copywriting.Teknik pemasaran yang ditekankan dalam Kelas Latihan Keusahawanan yang menjadi fokus utama adalah kekerapan penjual membuat promosi/ mengiklankan jualan di media sosial atau platform jualan lain seperti di status WhatsApp, group perniagaan dan lain-lain lagi secara konsisten serta kreatif. Kaedah ini mampu menarik pelanggan untuk lebih mengenali produk jualan para penjual/usahawan. Langkah ini telah dipraktikkan oleh usahawan Puan Salmiah dan jualan setiap bulan beliau telah menunjukkan perkembangan yang baik. Orang ramai semakin mengenali D Hessa Bouquet secara tidak langsung apabila produk-produk beliau dipraktikkan untuk diletakkan watermark. Melalui pendekatan bersama PEDi ini, dapat membantu beliau dalam mengembangkan perniagaan beliau ke dalam platform online seperti Shopee dan yang terbaru ialah Tiktok Shop.
___________________________________________________________________________________