KISAH KEJAYAAN |
|
KATEGORI : KEUSAHAWANAN |
|
Nama |
SITI SARAH BINTI OMAR |
Umur |
28 Tahun |
Alamat |
No 163 Felda Sebertak, 28200 Bera, Pahang |
No Telefon |
014-5057691 |
Tahun Menjadi Ahli |
20 OKTOBER 2015 |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Sebelum penglibatan di Pusat Internet beliau sudah biasa menggunakan komputer memandangkan beliau merupakan seorang graduan peringkat ijazah di UPM. Beliau juga sudah mempunyai media sosial tetapi beliau tidak pernah menjalankan perniagaan atas talian sebelum ini.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Beliau telah melibatkan diri di Pusat seawal tahun 2015 dimana beliau telah menjadi sukarelawan Pusat Internet semasa Program Hari Bersama Komuniti. Siti Sarah telah mengambil peluang untuk menjadi ahli Pusat Internet secara percuma semasa Program tersebut berlangsung. Selepas menjadi ahli Pusat Internet beliau kerap ke Pusat Internet bagi membuat kerja.
Beliau juga telah menyertai beberapa kelas yang telah dianjurkan di Pusat Internet seperti kelas membuat video, bengkel keusahawanan dan membuat slide menggunakan Microsoft office powerpoint. Memandangkan beliau adalah seorang guru, beliau perlu mempunyai kemahiran penggunaan aplikasi di komputer bagi mewujudkan sesi pembelajaran yang lebih menarik dan kreatif.
Beliau bersama Pusat Internet Bandar 32 adalah ketika mengikuti program yang dijalankan oleh PI Bandar 31 iaitu Bengkel MyShop dan Asas Fotografi sempena Program Hari Bersama Komuniti 2019. Disini beliau dapat belajar cara untuk menangkap gambar menggunakan peralatan mini studio. Melalui bengkel ini beliau dapat belajar cara untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik minat para pelanggan dan hasil gambarnya adalah seakan-akan menggunakan studio dengan kos yang lebih rendah. Selain itu beliau juga diperkenalkan dengan satu aplikasi untuk mempromosikan produk iaitu aplikasi Dashboard (MyShop).