KISAH KEJAYAAN |
|
KATEGORI : KEUSAHAWANAN |
|
Nama |
ZAUWIYAH BINTI JUSOH |
Umur |
37 Tahun |
Alamat |
No.117 Felda Kumai, 28200 Bera, Pahang |
Perniagaan |
Nyonya Chantek Signature |
Online Platform |
Facebook dan Whatsapp |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet, beliau lebih kerap menggunakan telefon pintar hanya untuk melayari facebook dan Instagram. Beliau sangat jarang menggunakan komputer memandangkan tidak mempunyai kemudahan ini di rumahnya. Beliau pernah menghadiri kursus komputer berbayar sebelum ini tetapi disebabkan ianya telah lama ditinggalkan ia memberi sedikit kekangan untuk beliau mengendalikan komputer.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI :
Setelah penggunaan ICT di Pusat Internet beliau dapat mempelajari pelbagai pembelajaran khusunya bagi asas komputer. Beliau sering menghadiri kelas yang telah diaturkan oleh Pusat internet hasil kerjasama Giatmara Bandar 32. Oleh kerana beliau telah lama tidak menggunakan komputer, beliau diajar dahulu cara untuk mengendalikan perkakasan komputer. Perkakasan yang diajar seperti fungsi tetikus dan juga papan kekunci. Beliau perlu mengetahui fungsinya supaya mudah untuk mengendalikan komputer. Beliau juga dilatih untuk menggunakan keyboard dengan aplikasi rapid typing. Selain itu, melalui kelas yang dihadiri beliau, banyak silibus yang telah diajar. Kelas ini adalah kelas asas Microsoft office. Beliau didedahkan dengan Microsoft Office Word, Microsoft Office Powerpoint, Microsoft Office Publisher dan Microsoftt Office Excel. Antara silibus yang diajar seperti cara untuk membuat iklan perniagaan, kad perniagaan, pengurusan kewangan dan sebagainya