Tarikh : 10, 11, 12 & 15 Julai 2019
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : Pusat Internet Bandar 32
Kursus asas Microsoft Office Word ini telah dijalankan di PI Bandar 32, yang disertai oleh 3 orang pelajar IPT berlainan yang sedang cuti semestar. Peserta didedahkan dengan pengenalan asas Microsft Office dan seterusnya diajar kemahiran menggunakan Microsft Word. Selain dari asas penggunaan utama seperti menaip surat, mereka turut diajar membuat resume, risalah perniagaan / pengiklanan serta kad pernigaan dan juga buku program. Peserta juga diajar memahirkan diri dalam penggunaan Microsoft Word apabila diajar untuk membuat pelbagai jenis carta, seperti carta organisasi, carta pie, bar dan line serta equation.