Tarikh : 3 – 17 April 2019
Masa : 10.00 am – 1.00 pm
Tempat : PI Bandar 32
Kursus Lepasan SPM ini diadakan pada setiap awal tahun dan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM. Peserta akan diajar cara menggunakan Microsoft Office Excel secara asas bagi meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menggunakan Microsoft Excel. Pelajar akan diajar mengikut modul yang telah ditetapkan oleh petugas. Pada akhir pembelajaran peserta akan diberi tugasan untuk menilai kemahiran dalam menggunakan Microsoft ini. Memandangkan Microsoft Office Excel sangat penting untuk para pelajar kerana di peringkat universiti mereka perlu menggunakan Microsoft Excel ini untuk membuat pengiraan, graf, jadual dan sebagainya. Para peserta juga akan diberikan sijil penyertaan.