Aktiviti / Program | TIPS UNTUK CONTENT CREATOR |
Tarikh | 12 April 2025 |
Masa | 2.30 petang – 4.30 petang |
Peserta | Usahawan IKS |
Objektif :
Kelas Mahir Short Learning Series kali ini menampilkan Fahmi Samsudin, atau lebih dikenali sebagai En Pamey, seorang Pensyarah Diploma Fotografi di UiTM Lendu, Melaka, serta Content Creator berpengalaman. Dalam sesi ini, beliau berkongsi topik “Sustainable Content Making”, di mana beliau memberikan tips berguna dan strategi efektif untuk membantu para content creator menghasilkan video yang berkualiti, konsisten, dan tahan lama, sesuai dengan kehendak dunia maya yang sentiasa berkembang.
Aktiviti :
Aktiviti yang berlangsung di NADI adalah peserta menonton sesi LIVE YouTube Studio Mahir, di mana mereka dapat menyaksikan secara langsung sesi yang dikendalikan oleh En Pamey mengenai “Sustainable Content Making”. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk belajar secara interaktif dan mendapatkan tips serta strategi berkesan dari seorang content creator berpengalaman.
Gambar Aktiviti Disini : FOTO APRIL : MAHIR FOTO (TIPS CONTENT CREATOR)