mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2025 : KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI – KEMPEN MENABUNG DUIT RAYA

Aktiviti / ProgramKAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI
Tarikh22 April 2025
Masa10.00 pagi – 1.00 tengahari
PesertaKomuniti

Objektif :

Objektif pelaksanaan Kaunter Bergerak Tabung Haji adalah untuk memudahkan para pelanggan yang ingin mendaftar, menyemak baki, atau membuat transaksi berkaitan dengan simpanan haji mereka tanpa perlu pergi ke cawangan Tabung Haji yang tetap. Selain itu, kaunter bergerak ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan haji, mempromosikan kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji, serta memastikan akses yang lebih mudah dan cepat bagi masyarakat yang tinggal di kawasan yang sukar dijangkau.

Aktiviti :

Aktiviti kaunter bergerak Tabung Haji yang telah dijalankan di ruang NADI Bandar 32 melibatkan pendaftaran dan pembukaan akaun haji, semakan baki dan transaksi akaun, penerangan mengenai perkhidmatan dan kemudahan Tabung Haji.

Gambar aktiviti disini : FOTO APRIL : PROMOTION PROGRAM (KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI – KEMPEN MENABUNG DUIT RAYA)