mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN : NADI x CYBERSECURITY (LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA & MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK)

Aktiviti / ProgramNADI x CYBERSECURITY
Tarikh13 & 20 2025
Masa3.30 petang – 5.00 petang
PesertaTerbuka

Objektif :

Webinar “Lindungi Identiti Digital Anda” bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan menjaga maklumat peribadi di alam siber, mendedahkan ancaman digital seperti pencurian identiti dan serangan siber, serta membimbing peserta dengan langkah-langkah pencegahan seperti penggunaan kata laluan selamat dan pengesahan dua faktor. Selain itu, webinar ini juga bertujuan memupuk literasi digital dan mempromosikan amalan keselamatan siber dalam kalangan masyarakat. Manakala Webinar “Memahami Risiko Siber dalam Permainan Online Anak” bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga mengenai pelbagai ancaman siber seperti buli siber, penipuan, dan eksploitasi dalam talian yang boleh menjejaskan keselamatan anak-anak semasa bermain permainan digital. Selain itu, webinar ini juga memberi panduan praktikal dalam melindungi anak-anak serta menggalakkan penglibatan aktif ibu bapa dalam memastikan persekitaran digital yang selamat dan sihat.

Aktiviti :

Sesi penerangan oleh pakar keselamatan siber mengenai ancaman dunia digital dan kepentingan melindungi identiti dalam talian.

Gambar aktiviti disini : FOTO JUN : NADI x CYBERSECURITY (LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA) & FOTO JUN : NADI x CYBERSECURITY (MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK)