mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI : NADI CYBERSECURITY (PERLINDUNGAN SIBER & ANCAMAN PENGGODAM)

Aktiviti / ProgramNADI x CYBERSECURITY
Tarikh10 & 17 Mei 2025
Masa2.30 petang – 4.30 petang
PesertaPelajar Sekolah Menengah

Objektif :

Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan keselamatan siber, memberi pengetahuan asas tentang perlindungan data peribadi, serta mendedahkan mereka kepada pelbagai bentuk ancaman penggodam yang sering berlaku dalam dunia digital masa kini, agar peserta lebih peka, bijak dan berwaspada dalam penggunaan teknologi dan internet.

Aktiviti :

Webinar dimulakan dengan ucapan aluan dan pengenalan topik, diikuti dengan sesi taklimat mengenai asas keselamatan siber dan kepentingan melindungi data peribadi. Seterusnya, peserta didedahkan kepada jenis-jenis ancaman penggodam seperti phishing, malware dan scam dalam talian, disusuli demonstrasi ringkas atau simulasi serangan siber. Sesi diteruskan dengan perkongsian langkah-langkah pencegahan dan amalan penggunaan teknologi yang selamat, diakhiri dengan sesi soal jawab interaktif serta rumusan dan penutup.

Gambar Aktiviti Disini : FOTO MEI : NADI CYBERSECURITY (PERLINDUNGAN SIBER & ANCAMAN PENGGODAM)