Aktiviti / Program |
Artikel ( Kesedaran Pencegahan Demam Denggi) |
Tarikh |
26 Disember 2019 |
Masa |
3.00 pm – 5.00 pm |
Peserta |
11 Orang Pelajar Sek. Men. |
Objektif Pelaksanaan :
Peserta akan diajar cara menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Dengan bertemakan kesedaran pencegahan demam denggi. Mereka diajar cara untuk membuat artikel. Dengan menggunakan bahan yang telah diberikan, mereka perlu menaip artikel tersebut menggunakan text box dan membuat artikel dalam bentuk dua atau tiga kolum. Setelah semua artikel ditaip mereka perlu meletakkan gambar yang telah disediakan.
Aktiviti :
Setiap peserta diberikan bahan-bahan untuk membuat artikel kesedaran Pencegahan demam denggi seperti gambar, logo dan background. Mereka perlu menaip artikel terlebih dahulu dan setelah siap, mereka perlu memasukkan gambar. Setelah artikel disiapkan mereka diajar untuk menyimpan artikel tersebut dalam bentuk JPEG bagi tujuan di muat naik di dalam dashboard komuniti.