mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN DISEMBER : ASAS IoT (BUILD A ROBOT & FIND THE RECORD HOLDER)

Objektif Pelaksanaan : 

Permainan pendidikan berkonsepkan “Build A Robot” dan juga “Find The Record Holder” ini bertujuan untuk menggalakan minat pelajar sekolah mempelajari STEM. Kelas ini diadakan juga untuk membantu pelajar memahami pendidikan STEM yang diperkenalkan dan diwujudkan kepada pelajar sekolah sebagai persediaan menghadapi cabaran di masa hadapan.

Aktiviti :

Pelajar melayari laman web https://kids.guinnessworldrecords.com/ seperti arahan yang diberikan oleh petugas menggunakan capaian Google. Setiap pelajar perlu menyusun bahagian-bahagian mekanikal mengikut kreativiti ke kawasan pembinaan untuk menhasilkan robot, Setelah selesai, pelajar akan klik ON untuk melihat hasil pergerakan dari binaan robotik yang telah dipilih. Permainan Find The Record Holder adalah permainan dimana pelajar perlu membantu karikatur yang bernama Ally Zing mengumpul semua rekod yang dijatuhkannya di angkasa lepas.

_______________________________________________________________________________________