mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN DISEMBER : WEEKEND ICT CLASS – ANIMATION POWER POINT

Objektif Pelaksanaan : 

Weekend ICT Class ini telah diadakan bagi mempromosikan kelas ICT di PEDi yang akan diadakan pada setiap minggu untuk pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pada setiap minggu, latihan berbentuk ICT, E-Pembelajaran serta aktiviti STEM akan dijalankan bagi mengisi masa terluang anak-anak memandangkan cuti sekolah akan tiba.

Aktiviti :

Kelas dimulakan denngan pengenalan kepada perkakasan komputer kepada pelajar sekolah. Seterusnya para pelajar dikenalkan dengan fungsi Microsoft Power Point dimana pelajar akan membuat slide asas menggunakan animasi-animasi yang menarik setelah menaip slide yang bertajuk Klik Dengan Bijak – Buli Siber. Petugas membimbing setiap pelajar cara untuk menukar warna, jenis dan saiz tulisan serta memasukkan bingkai dan gambar yang berkaitan. Akhir sekali pelajar diajar cara untuk membuat animasi, transisi dan juga kesan bunyi terhadap slide yang telah siap.

_______________________________________________________________________________________