Aktiviti / Program |
Weekend ICT Class – Keyboard Challenge & Learn To Sort and Recycle |
Tarikh |
03 Disember 2023 |
Masa |
10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Peserta |
Pelajar Sekolah Rendah |
Objektif Pelaksanaan :
Weekend ICT Class ini telah diadakan bagi mempromosikan kelas ICT di PEDi yang akan diadakan pada setiap minggu untuk pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pada setiap minggu, latihan berbentuk ICT, E-Pembelajaran serta aktiviti STEM akan dijalankan bagi mengisi masa terluang anak-anak memandangkan cuti sekolah akan tiba.
Aktiviti :
Permainan pendidikan bertajuk Keyboard Challenge ini memerlukan pelajar untuk menyelesaikan dan menyusun papan kekunci yang telah dirosakkan kedudukannya. Pelajar perlu klik dan seret kekunci ke tempat yang betul pada papan kekunci.
Learn to Sort and Recycle adalah permainan pendidikan dimana pelajar perlu menyusun sampah kepada empat kategori sampah berbeza: kitar semula, kompos, sisa elektronik dan sisa tapak pelupusan. Dalam Mod Mudah, pengguna mengisih sampah ke dalam satu kategori sampah pada satu masa. Dalam Mod Keras, pengguna mesti mengisih sampah ke dalam keempat-empat kategori sekaligus.
_______________________________________________________________________________________