mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN FEBRUARI : DILEA PROGRAM KHAS WEBINAR BERKALA SEJARAH EDISI 4

Aktiviti / ProgramDILEA Program Khas Webinar Berkala Sejarah Edisi 4
Tarikh21 Februari 2026
Masa2.00 petang – 4.00 petang
PesertaPelajar Sekolah Tingkatan 4

Objektif :

Kelas ” DILEA Program Khas Webinar Berkala Sejarah Edisi 4 ” diadakan bagi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan struktur dan esei dengan tepat dan tersusun. Tenaga pengajar menerangkan cara memahami kehendak soalan, mengenal pasti kata kunci serta menyusun isi jawapan mengikut format yang betul. Pelajar juga dibimbing untuk memberikan huraian yang jelas berserta contoh yang relevan bagi mendapatkan markah penuh.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan dalam ” DILEA Program Khas Webinar Berkala Sejarah Edisi 4 “ adalah penerangan topik Sejarah mengikut silibus semasa oleh tenaga pengajar. Pelajar akan diberi nota ringkas dan penerangan tentang isi penting bagi membantu mereka memahami fakta dengan lebih jelas. Selain itu, sesi perbincangan dan soal jawab Kertas 2 turut diadakan bagi membimbing pelajar dalam teknik menjawab soalan struktur dan esei.

Gambar Aktiviti : FOTO FEBRUARI : DILEA PROGRAM KHAS WEBINAR BERKALA SEJARAH EDISI 4