mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN FEBRUARI : MAHIR MASAK (BELGIUM CHOC CHIP COOKIES)

Aktiviti / ProgramNADI x MAHIR MASAK – BELGIUM CHOC CHIP COOKIES
Tarikh12 Januari 2025
Masa3.00 petang – 5.00 petang
PesertaUsahawan

Objektif Pelaksanaan : 

Kelas ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam pembuatan cookies, termasuk pemilihan bahan, teknik membakar, serta cara mengekalkan kualiti dan kesegaran. Selain itu, peserta digalakkan untuk bereksperimen dengan pelbagai resipi dan variasi serta diberikan panduan bagi menjadikan pembuatan cookies sebagai sumber pendapatan.

Aktiviti :

Kelas ini merangkumi pengenalan kepada bahan dan teknik asas, demonstrasi langkah demi langkah pembuatan cookies, serta sesi praktikal di mana peserta mencuba sendiri dengan bimbingan tenaga pengajar. Selain itu, sesi soal jawab diadakan untuk menyelesaikan masalah atau menyesuaikan resipi, diikuti dengan perkongsian tip penambahbaikan dan maklum balas terhadap hasil cookies yang dihasilkan peserta.

Gambar aktiviti disini : FOTO FEBRUARI : MAHIR MASAK (PEMBUATAN BELGIUM CHOC CHIP COOKIES)